Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Kedua | Tarikh Persidangan | 08 September 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Alam Sekitar | Nombor Soalan | 20 | Soalan | Senator Dato' Sri Vell Paari al Tun Samy Vellu minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan nyatakan langkah Kementerian bagi membanteras kemasukan e-waste yang diseludup secara haram dan diproses di Malaysia sepertimana yang berlaku baru-baru ini, dan nyatakan negara asal lambakan e-waste sama ada dari Amerika Syarikat, United Kingdom, China atau Jepun.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
- Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memperketatkan penguatkuasaan di pelabuhan Negara dan kilang-kilang haram seluruh Negara bagi membanteras kemasukan e-waste yang diseludup secara haram dan diproses di Malaysia.
- Berdasarkan rekod, sebanyak 1,414 kontena telah ditahan dan diperiksa sepanjang 2021 hingga 2025 oleh JAS dan didapati 951 kontena mengandungi e-waste. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 365 kontena telah berjaya dihantar pulang ke negara asal selaras dengan prosedur di bawah Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentasi Sempadan Sisa Berbahaya dan Pelupusannya.
- Kementerian mengambil langkah tegas dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram ke negara ini dengan:
- Memperkukuhkan mekanisme penguatkuasaan dan meningkatkan kerjasama oleh semua agensi yang terlibat di pelabuhan tersebut termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pihak berkuasa pelabuhan dan JAS;
- Meningkatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa termasuk Sekretariat Konvensyen Basel, Asian Network, Enforce, Interpol dan lain-lain daripada segi penyaluran maklumat mengenai kapal yang membawa kontena-kontena yang disyaki mengandungi e-waste yang akan masuk melalui pelabuhan tersebut;
- Mengarahkan syarikat pengimport yang membawa masuk e-waste secara haram untuk menghantar semula ke negara asal;
- Mengenakan tindakan perundangan kepada semua pengimport yang membawa masuk e-waste secara haram ke Malaysia;
- Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi seperti agensi penguatkuasaan, agensi Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri terutamanya yang melibatkan penguatkuasaan terhadap operasi kilang haram melalui pelaksanaan Ops Hazard secara bersepadu di seluruh negara pada bulan Februari 2025 dan Jun 2025. Sebanyak 122 premis telah diserbu sepanjang operasi tersebut dan kes-kes ini disiasat di bawah pelbagai kesalahan melibatkan Akta Senjata Api 1960, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, AMLA, Akta Imigresen 1959/63, Akta Sekendhend Barang Lusuh 1946, Undang-Undang Kecil Iklan 2019, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred & Perindustrian 2019, Undang-Undang Kecil 2007, Akta Bahan Letupan 1957 dan lain-lain.
- Berdasarkan siasatan terhadap kontena-kontena yang mengandungi e-waste ini, didapati bahawa hampir 88% berasal dari Amerika Syarikat (USA) dan lain-lain negara adalah seperti Kanada, England, Singapura, Hong Kong, Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Jepun.
Sekian, terima kasih.
| | Attachments |
|
|