Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Kedua | Tarikh Persidangan | 27 August 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | PERHILITAN, Biodiversiti | Nombor Soalan | 70 | Soalan | Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah haiwan liar yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya bagi setiap tahun dari 2022 hingga 2025 dengan pecahan mengikut spesies haiwan dan daerah serta menyenaraikan tiga lokasi yang mencatatkan insiden roadkill paling tinggi di seluruh negara.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia sentiasa komited dalam menangani isu kematian hidupan liar akibat kemalangan jalan raya (roadkill). Berdasarkan rekod Jabatan PERHILITAN, jumlah keseluruhan roadkill sepanjang tahun 2022 hingga April 2025 adalah sebanyak 1,666 ekor.
Bagi tempoh tersebut, pecahan roadkill mengikut spesies hidupan liar tertinggi ialah spesies biawak iaitu sebanyak 369 ekor, diikuti dengan kera sebanyak 340 ekor, musang sebanyak 241 ekor, Babi Hutan sebanyak 162 ekor dan kucing liar sebanyak 83 ekor.
Bagi tempoh 2022 hingga 2024, 5 daerah di negeri Johor telah mencatatkan roadkill sebanyak 26 kes melibatkan:
18 kes di daerah Kota Tinggi; 3 kes di daerah Mersing; 2 kes di daerah Pengerang; 1 kes di daerah Pontian; dan 2 kes di daerah Segamat.
Lokasi yang mencatatkan insiden roadkill tertinggi di seluruh negara adalah di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Jeli dan Gua Musang, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Terengganu dan Jalan Jemaluang-Mersing, Johor.
Sekian, terima kasih. | | Attachments |
|
|