Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

27 August 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Mineral

Nombor Soalan

64

Soalan

Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah status terkini berkenaan perbincangan antara Malaysia dan China dalam kerjasama teknologi pengasingan nadir bumi selepas lawatan Presiden dan Perdana Menterinya.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dalam pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa Lawatan Negara ke Malaysia pada 15 hingga 17 April 2025 telah menyatakan kesediaan China membantu Malaysia dalam aspek teknikal dan teknologi berkaitan pemprosesan REE. Dalam hal ini, mengambil kira perlindungan teknologi (technology safeguarding) amat dititikberatkan oleh China, beliau meminta supaya kerjasama tersebut hanya melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). 


  1. Walau bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat awal dan belum menghasilkan sebarang keputusan muktamad. Malaysia menyambut baik kesediaan pihak China tersebut dan akan terus meneliti tindakan selanjutnya secara menyeluruh dan berhati-hati. Kerajaan akan memastikan sebarang kerjasama dengan pihak luar mengambil kira dasar sedia ada serta kepentingan negara. Sehingga kini, belum ada sebarang perjanjian persefahaman atau kerjasama ditandatangani oleh pihak Malaysia dan China. 


  1. Kerajaan melihat perkara ini sebagai satu perkembangan strategik memandangkan peringkat pemprosesan REE khususnya pengasingan unsur merupakan peringkat paling kritikal dalam keseluruhan rantaian industri REE pada ketika ini kerana dominasi yang jelas oleh China di peringkat global. Sekiranya, perkara ini dapat direalisasikan, reputasi Malaysia dalam industri REE akan terus meningkat dengan menjadi satu-satunya negara yang memiliki loji pemprosesan REE dengan teknologi dari China dan bukan China, merujuk kepada kewujudan loji pemprosesan Lynas di Kuantan, Pahang pada masa ini.

 

Sekian, terima kasih.

Attachments