Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Kedua | Tarikh Persidangan | 27 August 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Geosains | Nombor Soalan | 63 | Soalan | Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian akan merangka dasar atau undang-undang khusus bagi pemantauan dan penggunaan mampan air bawah tanah berasaskan teknologi angkasa.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menyediakan Garis Panduan Pembinaan Telaga Tiub untuk Tujuan Eksplorasi, Pemantauan dan Pengeluaran dalam Penggunaan Sumber Air Bawah Tanah (JMG.GP.27). Garis panduan ini menggariskan penggunaan teknologi angkasa seperti penderiaan jauh (remote sensing) sebagai satu daripada kaedah penting dalam kajian awalan bagi Pemetaan dan Penilaian Sumber Air Bawah Tanah.
Penggunaan teknologi angkasa seperti penderiaan jauh menggunakan satelit atau dron penting sebagai kajian awalan untuk mengumpul data di atas permukaan bumi bagi memberikan petunjuk tidak langsung tentang kehadiran sumber air tanah. Imej satelit boleh mengenal pasti jenis batuan dan struktur geologi yang berpotensi menyimpan air bawah tanah serta boleh digunakan untuk memantau perubahan tanah, perubahan iklim dan mendapatkan anggaran kelembapan tanah yang boleh membantu mendapatkan petunjuk kehadiran air bawah tanah.
Kementerian berpandangan buat masa ini penggunaan teknologi angkasa sebagai kaedah (tool) untuk pemetaan dan pemantauan air bawah tanah boleh menggunakan garis panduan sedia ada. Manakala dari segi kawalan teknologi tersebut adalah di luar bidang kuasa Kementerian. Pada masa yang sama Kementerian melalui JMG terbuka untuk meneroka dengan lebih lanjut potensi teknologi angkasa bersama Agensi Angkasa Malaysia (MySA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui kerjasama yang telah terjalin.
Sekian, terima kasih. | | Attachments |
|
|