Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

27 August 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

27

Soalan

Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan mengenai cadangan kepada JKR tentang reka bentuk baharu jalan raya mesra hidupan liar seperti Jalan Raya Timur-Barat yang melalui Hutan Simpan Taman Negeri Royal Belum bagi mengekang isu kemalangan membabitkan kenderaan dan hidupan liar seperti gajah dan harimau.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia memandang serius isu kekerapan insiden  kemalangan jalan raya yang melibatkan hidupan liar (roadkill) termasuk gajah dan harimau khususnya di Jalan Raya Timur-Barat.


  1. Jabatan PERHILITAN sentiasa bekerjasama dalam memberikan khidmat nasihat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses pembangunan jalan raya yang melibatkan habitat hidupan liar melalui pelaksanaan Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan - WMP) di dalam Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment - EIA) bagi mengenal pasti impak dan tindakan mitigasi yang  bersesuaian.


  1. Dalam pelaksanaan WMP ini, cadangan reka bentuk jalan raya baharu hendaklah mengambil kira pemuliharaan habitat hidupan liar dan kaedah mitigasi antaranya seperti berikut:

  1. pembinaan lintasan hidupan liar (terowong, viaduct dan overpasses) sebagai koridor bagi kawasan keliaran hidupan liar;

  2. pemasangan papan tanda lintasan hidupan liar, penghadang, lampu jalan dan penetapan had laju bagi mengelakkan roadkill

  3. penyediaan padang ragut, jenut dan pengayaan habitat untuk menarik hidupan liar menggunakan lintasan hidupan liar; dan

  4. pembinaan pagar elektrik di laluan hidupan liar bagi mengurangkan gangguan hidupan liar.


  1. Walau bagaimanapun, cadangan akhir sesuatu reka bentuk jalan raya baharu akan ditentukan oleh JKR setelah mengambil kira pelbagai faktor seperti bentuk muka bumi dan kos-kos yang berkaitan.


Sekian, terima kasih.

Attachments