Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan rekod daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, jumlah pewartaan keluar hutan simpanan kekal (HSK) di negeri Perak pada tahun 2018 hingga 2024 adalah sebanyak 13,402.13 hektar.
Pewartaan keluar ini, antaranya melibatkan keperluan kawasan untuk tujuan pertanian, penempatan orang asli, pembinaan lebuhraya dan pembinaan utiliti lain seperti kawasan janakuasa.
Namun begitu, Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak secara aktif giat melaksanakan pewartaan semula bagi menggantikan kawasan yang telah dinyahwarta tersebut. Sehingga tahun 2024, jumlah keluasan kawasan HSK yang telah diwarta semula di negeri Perak adalah sebanyak 6,149.71 hektar.
Sekian, terima kasih.