Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

21 August 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

23

Soalan

Tuan Hassan bin Saad [ Baling ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah segera Kementerian dalam menangani ancaman gajah liar yang sering merosakkan kebun penduduk di Baling serta pelan jangka panjang bagi menyelesaikan konflik manusia dengan hidupan liar ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia prihatin terhadap isu konflik manusia dan hidupan liar termasuk gajah liar yang merosakkan kebun penduduk di Baling, Perak.


  1. Jabatan PERHILITAN telah membangunkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan 2023-2030 (National Elephant Conservation Action Plan - NECAP 2.0) sebagai panduan dalam melaksanakan pengurusan gajah yang lebih menyeluruh termasuk meningkatkan kesedaran awam mengenai pengurusan konflik ke arah konsep kewujudan bersama (co-existence) antara manusia dan gajah.


  1. Antara langkah-langkah segera yang telah dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN yang selari dengan hasrat NECAP 2.0 adalah seperti berikut:

  1. menjalankan 7 operasi tangkapan gajah dari tahun 2020 hingga Jun 2025 dan memindahkan 7 ekor gajah tersebut ke habitat yang lebih luas, sesuai dan jauh dari kawasan penempatan penduduk;

  2. membina 3 unit Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) mudah alih sepanjang 9.25 km bagi mengurangkan gangguan gajah ke kawasan penempatan penduduk. Pemantauan dan pengurusan SPEG ini dilaksanakan dengan kerjasama penduduk melalui Program Komuniti SPEG;

  3. mengenal pasti dan memasang 2 unit kolar satelit dalam kumpulan gajah pada tahun 2024 bagi memantau pergerakan kumpulan gajah tersebut dan mengambil tindakan pencegahan awal jika ia menghampiri kawasan kampung atau kebun; dan 

  4. melaksanakan kawalan rondaan dan pemantauan di kawasan konflik di dalam kawasan habitat hidupan liar serta mengadakan program kesedaran awam bersama penduduk setempat dan sesi libat urus bersama pemegang taruh yang terlibat dengan pembangunan tanah bagi memberi kesedaran mengenai pengurusan konflik.


Sekian, terima kasih.

Attachments