Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Kedua | Tarikh Persidangan | 21 August 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Tanah | Nombor Soalan | 19 | Soalan | Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan kriteria yang melayakkan pampasan diberikan kepada Kerajaan-Kerajaan negeri untuk tanah negeri yang diambil Kerajaan untuk projek Persekutuan seperti pembinaan sekolah dan lebuh raya.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Pelaksanaan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di atas tanah Kerajaan negeri akan dilaksanakan melalui permohonan pemberimilikan. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan memperolehi bayaran premium dan cukai tanah sepertimana yang telah diputuskan dalam Majlis Tanah Negara. Penetapan kadar premium yang dipersetujui di bawah Majlis Tanah Negara Ke-49 adalah seperti berikut: projek yang memberi faedah penuh kepada kerajaan negeri, kadar premium adalah tidak melebihi 1/4 daripada harga pasaran; projek yang memberi faedah bersama kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri, kadar premium adalah tidak melebihi ½ daripada harga pasaran; dan projek yang memberi faedah penuh kepada Kerajaan Persekutuan sahaja, kadar premium adalah mengikut harga pasaran.
Manakala bagi penetapan kadar cukai telah dipersetujui berdasarkan Majlis Tanah Negara Ke-53 seperti berikut; projek yang memberi faedah penuh kepada kerajaan negeri, kadar cukai tidak melebihi 25% daripada kadar ditetapkan dalam Kaedah Tanah Negeri berasaskan maksud sebenar penggunaan tanah; projek yang memberi faedah bersama kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri, kadar cukai tidak melebihi 50% daripada kadar ditetapkan dalam Kaedah Tanah Negeri berasaskan maksud sebenar penggunaan tanah; dan projek yang memberi faedah penuh kepada Kerajaan Persekutuan sahaja atau komersial, kadar cukai tidak melebihi kadar sebenar yang ditetapkan dalam Kaedah Tanah Negeri berasaskan maksud sebenar penggunaan tanah.
Sekian, terima kasih. | | Attachments |
|
|