Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

18 August 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

51

Soalan

Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan mengenai cadangan keperluan pembinaan Santuari Gajah di Gerik seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang memandangkan Gerik sering menghadapi konflik antara Gajah dengan manusia.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia memandang serius terhadap isu konflik manusia dan hidupan liar dan sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani isu ini termasuk rancangan untuk membina santuari gajah di Gerik.


  1. Sehubungan dengan itu, Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk mengisytiharkan perizaban kawasan seluas 40.47 hektar di wilayah Bt.11, Jalan Raya Timur-Barat Gerik, Mukim Temenggor, Daerah Hulu Perak sebagai tapak Santuari Gajah Perak (PES). Santuari tersebut diletakkan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan diselenggara oleh Jabatan PERHILITAN Negeri Perak.


  1. Jabatan PERHILITAN juga telah mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) merangkumi tempoh 2026 hingga 2030 dengan anggaran sebanyak RM52.8 juta bagi tujuan pembangunan PES.

 

Sekian, terima kasih.

Attachments