Tuan Yang di-Pertua,
Pelaksanaan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di negeri dilaksanakan melalui permohonan pemberimilikan tanah Kerajaan Negeri dan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486]. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan memperolehi bayaran premium dan cukai tanah sepertimana yang telah diputuskan dalam Majlis Tanah Negara.
Projek pembangunan Kerajaan Persekutuan adalah merangkumi jaringan jalan raya, infrastruktur sosial seperti sekolah dan hospital serta aspek keselamatan yang bukan sahaja memenuhi keperluan rakyat, malah turut memberi hasil dan manfaat secara tidak langsung kepada Kerajaan Negeri. Pembangunan ini akan meningkatkan nilai ekonomi setempat dan menjana manfaat sosio ekonomi termasuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
Sekian, terima kasih.