Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan semakan dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak, sebanyak 1.2 juta hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) telah selesai diukur di seluruh Sarawak. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan melalui Program Pengukuran Tanah Hak Adat bagi tujuan penyelesaian pengukuran tanah.
Meskipun bidang kuasa tanah berada di bawah negeri, Kerajaan Persekutuan tetap memainkan peranan dalam menyelaras berkaitan dasar dan aspek teknikal melalui agensi seperti berikut:
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG Cawangan Sarawak); dan
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
Di Sarawak, JUPEM terhad kepada pengukuran sempadan kebangsaan dan pemetaan nasional, manakala kerja ukur kadaster dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS)).
Sekian, terima kasih.