Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

06 August 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

36

Soalan

Dr. Hajah Halimah Ali [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk pemuliharaan dan pengurusan sumber semula jadi termasuk hidupan liar dan habitat mereka yang merangkumi perlindungan dan penyelenggaraan tapak khususnya burung migratori di Ash Ponds Kapar Power Station.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, burung air hijrah merupakan burung yang berhijrah pada bulan Ogos hingga April setiap tahun. Terdapat sembilan laluan penghijrahan utama dan Malaysia terletak di dalam laluan penghijrahan East Asian – Australasian Flyway. Penghijrahan ini melibatkan 50 juta ekor burung yang terdiri daripada 36 spesies terancam dan 19 spesies hampir terancam merentasi 22 negara di sepanjang laluan penghijrahan.


  1. Kapar Power Station merupakan tapak paling penting bagi burung air hijrah di Semenanjung Malaysia dengan populasi burung sehingga 40,000 ekor. Burung air hijrah menggunakan kolam abu di Kapar Power Station pada waktu air pasang penuh sebagai kawasan untuk berehat, dan keluar mencari makanan di kawasan pantai berlumpur pada waktu air surut di kawasan gugusan kepulauan Klang.


  1. Antara langkah pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan burung air hijrah yang sedang dilaksanakan termasuklah:

  1. Menjalankan pemantauan berkala merangkumi survei populasi burung air hijrah melibatkan kawasan persinggahan utama burung air hijrah di Semenanjung Malaysia termasuk kawasan Klang (Kapar Power Station dan Gugusan Kepulauan Klang). Data pemantauan ini digunakan bagi mengenalpasti kawasan tanah lembap yang penting bagi burung air hijrah;

  2. Langkah konservasi melibatkan pencalonan di bawah Konvensyen Ramsar dan Flyway Network Site atau pengelasan kawasan penting burung di peringkat nasional bagi melindungi burung air hijrah dan habitat mereka;

  3. Melaksanakan aktiviti menggelang burung, pemasangan colour-flag dan penyelidikan di kawasan Kapar Power Station bagi mendapatkan data pergerakan burung air hijrah, mengenalpasti kawasan pembiakan dan pemantauan umur serta kadar kemandirian spesies; dan

  4. Kerajaan dan badan bukan kerajaan turut menjalankan program kesedaran awam berkaitan burung air hijrah dengan melibatkan komuniti setempat di kawasan persinggahan utama burung ini.

 Sekian, terima kasih.​

Attachments