Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

31 July 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Mineral

Nombor Soalan

55

Soalan

Tuan Wan Razali bin Wan Nor [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah kes pencerobohan tanah Kerajaan yang melibatkan aktiviti perlombongan mineral bagi tempoh Januari 2022 - Mei 2025 dan berapakah anggaran kerugian bagi tempoh tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

 

  1. Berdasarkan rekod Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang diperoleh daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri, sebanyak 21 kes pencerobohan tanah Kerajaan bagi tujuan perlombongan mineral secara haram telah direkodkan bagi tempoh Januari 2022 hingga Mei 2025. Kes-kes ini direkodkan di negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Jenis mineral yang terlibat merangkumi emas dan unsur nadir bumi (REE).


  1. Anggaran kerugian daripada aktiviti pencerobohan tanah Kerajaan untuk tujuan perlombongan mineral bagi tempoh tersebut tidak dapat ditentukan secara tepat memandangkan kegiatan tersebut dijalankan secara haram, tanpa pemantauan rasmi dan di luar sistem pelesenan yang sah oleh pihak Kementerian dan Jabatan berkaitan. Justeru, tiada data lengkap mengenai jumlah sebenar mineral yang telah diekstrak atau nilai pasaran hasil yang diperoleh kerana terdapat banyak kes serbuan yang dijalankan setelah kawasan ditinggalkan oleh pelombong haram. 


  1. Walau bagaimanapun, taksiran nilai rampasan melibatkan bahan mineral, jentera dan peralatan yang digunakan dalam aktiviti tersebut dianggarkan sekitar RM2.89 juta.

 

Sekian, terima kasih.

Attachments