Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

31 July 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

21

Soalan

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan peranan dan fungsi jabatan serta agensi sedia ada seperti MET Malaysia dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) sesudah penubuhan agensi berkaitan perubahan iklim yang diperuntukkan dalam RUU Perubahan Iklim Negara nanti.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Yang Berhormat, agensi yang akan ditubuhkan untuk menguatkuasakan peruntukan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) berperanan dalam mengurus serta menyelaras usaha tindakan iklim negara merangkumi aspek mitigasi dan adaptasi perubahan iklim serta memenuhi obligasi pelaporan antarabangsa Malaysia kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Framework Convention on Climate Change - UNFCCC). 


  1. Peranan agensi ini turut dilaksanakan selaras dengan komitmen negara di bawah Nationally Determined Contribution (NDC) dan Long-Term Low Emissions Development Strategies (LT-LEDS 2050). Bidang kuasa dan peranan agensi tersebut akan diberikan sempadan perundangan yang jelas. Had kuasa dan fungsi agensi ini akan berfokus kepada aspek penguatkuasaan terhadap pelepasan gas rumah kaca sektor industri yang telah dikenalpasti di dalam Jadual Sektor Ekonomi di bawah RUUPIN.


  1. Pada masa yang sama, usaha menangani perubahan iklim yang merangkumi pelbagai seperti sosial, ekonomi, pendidikan serta pembaharuan teknologi harus dikekalkan. Dalam konteks ini, peranan agensi sedia ada seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) tidak bertindih dengan fungsi agensi baharu tersebut. 


  1. Kesemua entiti ini masih diperlukan dan kekal relevan untuk membantu tindakan negara dalam menangani perubahan iklim secara holistik. Sehubungan itu, agensi-agensi di bawah Kementerian ini akan terus kekal dan menjalankan fungsi seperti sedia ada setelah agensi baru ditubuhkan kelak.


Sekian, terima kasih.

Attachments