Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Kedua | Tarikh Persidangan | 28 July 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Tanah | Nombor Soalan | 67 | Soalan | Tuan Ganabatirau al Veraman [ Klang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan takrifan ataupun justifikasi untuk menentukan perbezaan di antara pengusaha dan peneroka haram di tanah kegunaan awam.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Istilah pengusaha atau peneroka haram adalah merujuk kepada pendudukan secara tidak sah tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan yang diperuntukkan di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara [Akta 828].
Mana-mana orang yang tanpa kebenaran sah melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut boleh dikategorikan sebagai pendudukan secara tidak sah: menduduki, atau membina apa-apa bangunan di atas, mana-mana tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan; membersih, membajak, menggali, mengepungi atau menanami mana-mana tanah sedemikian atau bahagian darinya; dan memotong, atau memindah apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian.
Bagi menjelaskan takrifan tanah kegunaan awam, Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui suatu warta untuk merizabkan mana-mana tanah Kerajaan sebagai tanah bagi maksud awam. Tanah Kerajaan bagi tujuan kegunaan awam adalah seperti jalan, sekolah, masjid, taman rekreasi, tapak pelupusan sampah dan sebagainya.
Sekian, terima kasih. | | Attachments |
|
|