Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Kedua | Tarikh Persidangan | 28 July 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Perubahan Iklim | Nombor Soalan | 44 | Soalan | Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [ Tangga Batu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian sudah mempunyai hala tuju dan pengiktirafan terhadap Carbon Dioxide Removal (CDR) sebagai salah satu vektor dalam menuju net zero carbon emission menjelang tahun 2050.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Menurut badan antarabangsa Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), terma Carbon Dioxide Removal (CDR) dimaksudkan sebagai apa-apa teknologi, amalan dan pendekatan yang menyingkirkan dan menyimpan secara berpanjang gas karbon dioksia daripada udara.
Antara contoh bagi perkara tersebut ialah tindakan atau aktiviti penghutanan semula dan pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon iaitu Carbon Capture, Utilization, and Storage (CCUS). CDR, secara umumnya, berperanan dalam mengurangkan pelepasan dan/atau jumlah gas karbon dioksida di udara dan perkara ini dilihat mampu membantu usaha dekarbonisasi global.
Di peringkat negara, aktiviti CCUS merupakan salah satu contoh CDR yang telah diteroka oleh kerajaan untuk dilaksanakan, sejajar dengan Akta Pemerangkapan, Penggunaan, dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 dan sasaran negara untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih karbon pada tahun 2050.
Dokumen strategi jangka panjang pembangunan rendah karbon (long-term low emission development strategies - LT-LEDS) negara yang telah diluncurkan pada 6 Mei 2025 menggariskan CCUS sebagai salah satu strategi penting bagi mencapai sasaran sifar bersih karbon negara pada tahun 2050.
Sekian, terima kasih. | | Attachments |
|
|