Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

28 July 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

41

Soalan

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan selanjutnya Kementerian terhadap syarikat yang berulang kali mencemarkan sungai tetapi masih bebas beroperasi tanpa tindakan tegas.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 bagi mengawal selia pencemaran air sungai yang berpunca daripada efluen industri, loji kumbahan, stesen pemindahan sisa pepejal dan kambus tanah serta kelodakan daripada projek-projek yang mempunyai kelulusan Laporan Impak Kepada Alam Sekeliling (EIA). 


  1. Antara tindakan tegas JAS di bawah AKAS 1974 ke atas premis industri termasuk:


  1. hukuman dan denda sehingga RM10 juta dengan denda minimum tidak boleh kurang  RM50 ribu;

  2. hukuman penjara mandatori tidak melebihi lima tahun;

  3. mengeluarkan notis Perintah Penahanan OperasiKelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) AKAS 1974 untuk menyita kawasan operasi premis dan peralatan kelengkapan proses sehingga siasatan selesai atau sehingga pematuhan dan pembaikan dilaksanakan oleh pihak premis;

  4. penggantungan lesen operasi dan perintah larangan beroperasi; dan

  5. pendakwaan di mahkamah sekiranya terdapat bukti kukuh pencemaran air sungai adalah berpunca dari syarikat yang terlibat.


  1. Saya ingin tegaskan bahawa isu pencemaran sungai perlu ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan memandangkan sektor yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai ini bukan hanya melibatkan sektor industri tetapi juga melibatkan sektor lain seperti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan efluen atau kumbahan yang sempurna. Di samping itu, sisa daripada pasar basah, gerai makanan, dobi, pusat cucian kereta serta industri kecil dan sederhana (IKS) juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai.


  1. NRES melalui JAS komited untuk menangani isu pencemaran sungai melalui Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan  Perdana Menteri II. 


Sekian, terima kasih.

Attachments