Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

28 July 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

4

Soalan

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [ Kepala Batas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :


  1. perincikan jumlah tanah milikan Kerajaan Persekutuan yang diceroboh di seluruh negara dan khusus di Pulau Pinang; dan


  1. apakah tindakan kepada pihak penceroboh dan adakah terdapat rancangan pembangunan tanah milikan Kerajaan Persekutuan.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Soalan (a) 


  1. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), terdapat 465 pencerobohan di atas tanah milik Persekutuan dari tahun 2015 hingga Mei 2025. Berdasarkan aduan pencerobohan yang diterima di Pulau Pinang, didapati terdapat sebanyak 18 pencerobohan melibatkan kawasan tanah milik Persekutuan. 


Soalan (b)


  1. Seterusnya mengenai tindakan kepada pencerobohan,agi Antara tindakan JKPTG bagi masalah pencerobohan tanah milik Persekutuan adalah seperti berikut:-

  1. melaksanakan penyelarasan bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan dan Kementerian/ Jabatan Pengguna (KJP). Dalam hal ini, notis penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara [Akta 828] akan dikeluarkan kepada penceroboh bagi tujuan pengosongan tapak. Seterusnya, KJP di atas tanah tersebut hendaklah mengambil tindakan mengawal bagi mengelakkan pencerobohan berulang;

  2. memberi peringatan kepada KJP untuk mengawal tanah di bawah kegunaan masing-masing selaras dengan Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 3 Tahun 2008. Ini termasuklah dengan memberi keutamaan untuk membangunkan tanah-tanah yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia; dan

  3. melaksanakan kaedah tukar guna kepada Kementerian/agensi Persekutuan lain yang memerlukan serta pelaksanaan kaedah sewa dan pajakan tanah.


Sekian, terima kasih.

Attachments