Tuan Yang di-Pertua,
1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam proses menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Dalam hal ini, Kementerian sentiasa mengamalkan pendekatan seluruh negara atau whole of nation approach dalam pembangunan dasar dan perundangan berkaitan perubahan iklim. Melalui RUUPIN, Kerajaan berhasrat untuk memastikan dasar dan perundangan yang digubal kekal relevan dengan perkembangan terkini, sama ada di peringkat domestik mahupun global.
2. RUU ini dijangka akan membolehkan negara mengoperasikan tindakan iklim yang digariskan di dalam Perjanjian Paris untuk dilaksanakan di peringkat domestik dan ianya akan memacu pelaksanaan Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon (Long Term Low Emission Development Strategy - LT-LEDS), Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 (DPIN2.0), pelaksanaan perdagangan karbon, cukai karbon dan lain-lain dasar berkaitan perubahan iklim yang akan saling melengkapi untuk mencapai sasaran Nationally Determined Contributions (NDCs) negara. Rang Undang Undang ini dijangka akan dibentangkan di Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Sidang Parlimen Kelima Belas tahun 2025.
Sekian, terima kasih.