Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

05 March 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

8

Soalan

Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian merancang untuk mengawal selia pelepasan efluen dari kilang-kilang dengan menggunakan loading dan bukannya concentration, terutamanya di kawasan-kawasan yang padat dengan kilang seperti Pasir Gudang. Apakah langkah-langkah yang diambil.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang dalam proses semakan semula Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Dalam proses semakan ini, JAS akan menilai dan memperkemaskan kaedah pengawalseliaan pelepasan efluen industri bagi memastikan kelestarian alam sekitar terjamin. Kaedah pengawalseliaan yang sedang diperhalusi adalah kawalan pelepasan melalui kepekatan (concentration), beban (loading) dan lain-lain parameter termasuklah bahan cemar baharu (emerging pollutants).


  1. Namun, selain daripada pelepasan efluen perindustrian, terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada pencemaran sungai yang perlu diberikan perhatian termasuklah daripada punca-punca tidak bersumber (non-point source pollution) seperti pasar basah, car wash, restoran, dobi serta air larian permukaan yang terletak di bawah kawal selia Agensi-Agensi lain yang berkaitan.


  1. Pada masa ini, langkah yang diambil oleh JAS dalam memastikan kualiti air sungai terjamin adalah:


  1. Menjalankan pengawasan kualiti air sungai secara berterusan. Terdapat sebanyak 30 stesen pengawasan automatik dan 1,353 stesen pengawasan manual yang melibatkan 672 sungai di seluruh Malaysia;


  1. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengemukakan input bagi pembangunan dan perancangan industri baharu;


  1. Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap pematuhan peraturan yang sedang berkuatkuasa; dan


  1. Meningkatkan aktiviti pendidikan dan kesedaran pihak industri mengenai kepentingan pengurusan efluen yang bertanggungjawab dan menggalakkan pelaksanaan amalan terbaik pengurusan efluen termasuk penggunaan teknologi rawatan yang lebih cekap dan mesra alam.


  1. Kementerian melalui JAS akan terus komited untuk memastikan pengawalan pelepasan efluen industri dilakukan secara holistik dan berkesan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.


Sekian, terima kasih.

Attachments