Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

04 March 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Mineral

Nombor Soalan

36

Soalan

Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status rangka kerja perlombongan nadir bumi atau 'rare-earth mining' di Malaysia.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi memastikan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Malaysia dapat dijalankan secara cekap dan teratur mengikut kepada prinsip bertanggungjawab, mampan dan lestari. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

  1. Penyediaan Prosedur Operasi Standard Perlombongan REE di Malaysia. SOP ini telah diedarkan kepada semua pihak Kerajaan Negeri pada bulan Disember 2023 bagi tujuan pemakaian berdasarkan perundangan negeri masing-masing;

  2. Pelaksanaan projek perintis perlombongan REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak yang bermula pada tahun 2022. Projek perintis ini telah dijadikan tapak rujukan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk membangunkan aktiviti perlombongan REE secara lestari;

  3. Penubuhan Special Task Force Hala Tuju Pembangunan Industri REE untuk membincangkan mengenai isu-isu serta menetapkan hala tuju pembangunan industri REE di Malaysia. Special task force ini akan melihat dari aspek berkaitan pelaburan, teknologi, insentif termasuk penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (research, development, commercialization and innovation – R,D,C&I); dan

  4. Di bawah special task force turut diwujudkan 3 Jawatankuasa Teknikal dan antara salah satu Jawatankuasa Teknikal tersebut adalah bertanggungjawab dalam pengurusan di peringkat huluan khususnya bagi aktiviti perlombongan`. Jawatankuasa ini diterajui oleh NRES.

Sekian, terima kasih.​

Attachments