Tuan Yang di-Pertua,
1. Pindaan Akta 525 melibatkan beberapa aspek seperti berikut:
Pengukuhan kawalan ke atas aktiviti pengeksportan mineral dan bahan batuan termasuk bagi membolehkan peraturan berkaitan diwujudkan; dan
Pengukuhan penguatkuasaan melalui peningkatan kerjasama antara agensi penguatkuasa.
2. NRES telah mengadakan libat urus bersama agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bagi mendapatkan maklum balas berkaitan pindaan akta berkaitan. Pindaan ini dijangka akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2025.
3. Hasil daripada pindaan Akta 525 ini berupaya untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus dalam pengurusan pengeksportan mineral dan bahan batuan serta mengukuhkan lagi aspek penguatkuasaan industri mineral khususnya dalam mengurangkan ketirisan akibat daripada aktiviti perlombongan haram dan penyeludupan keluar sumber mineral negara termasuk REE.
Sekian, terima kasih.