Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

20 February 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

78

Soalan

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) bagi memastikan pelan konservasi jangka panjang yang berkesan untuk menyokong pengurusan sumber asli di samping usaha memperluas Tabung Dana Amanah Kawasan Hijau ke seluruh negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (National Conservation Trust Fund for Natural Resources- NCTF) ini merupakan tabung amanah di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengurusan, perlindungan, mitigasi kepada perubahan iklim, kesedaran dan usaha-usaha konservasi biodiversiti dan penggunaan mampan komponennya di dalam negara serta aktiviti-aktiviti untuk menjaga kepentingan masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan.


2. NCTF menyokong projek-projek konservasi di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang meliputi 6 kategori utama iaitu konservasi flora, fauna, ekosistem batu kapur dan gua, habitat dan ekosistem marin, ekosistem akuatik daratan serta kategori komuniti orang asli dan masyarakat setempat.


3. Projek-projek yang dibiayai di bawah tabung ini merupakan projek jangka pendek bagi tempoh 2 tahun. Sehingga kini, NCTF telah membiayai 101 projek melibatkan peruntukan sebanyak RM19.7 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 66 projek sedang dalam peringkat pelaksanaan dengan komitmen pembiayaan sebanyak RM5.5 juta. 


4. Sebanyak 35 projek telah selesai dengan peruntukan yang telah dibelanjakan berjumlah RM14.2 juta. Salah satu hasil projek selesai, iaitu Conservation of Seladang in the Royal Belum State Park (RBSP) – Temenggor Forest Reserve Complex yang telah dilaksanakan oleh Badan Bukan Kerajaan Borneo Rhino Alliance (BORA) dengan kerjasama PERHILITAN telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara Kedua (MBN Ke-2), yang mana mesyuarat tersebut telah mengiktiraf Seladang sebagai spesies terancam yang mempunyai kepentingan negara dan Pelan Pengurusan Konservasi Seladang akan dibangunkan bagi menstabilkan populasi Seladang.


Sekian, terima kasih.​

Attachments