Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Pertama | Tarikh Persidangan | 20 February 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Alam Sekitar | Nombor Soalan | 62 | Soalan | Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan : (a) status semasa mengenai dapatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang mengesahkan wujud cubaan pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar melepaskan kontena-kontena mengandungi sisa elektronik (e-waste) di Westport, Pelabuhan Klang pada Mei 2024; dan (b) apakah langkah pencegahan yang diambil bagi memastikan kes ini tak berulang. | Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Kes salah laku yang melibatkan siasatan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP) adalah dalam perhatian Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Sehubungan itu, NRES melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan meneliti dan mengambil tindakan susulan setelah mendapat laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP) bagi mengenalpasti jika wujud bukti berlaku pelanggaran tatakelakuan oleh pegawai-pegawai yang terlibat. Sekiranya terbukti, pegawai-pegawai yang terlibat boleh dikenakan Tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A) 395/1993] atau lain-lain tindakan di bawah bidang kuasa Jabatan.
Selain itu, JAS juga akan mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan kes ini tidak berulang. Antaranya adalah:
Mengemaskini semula Prosedur Tetap Operasi berkaitan dengan penahanan dan pemeriksaan kontena di Pelabuhan;
Melaksanakan penambahbaikan terhadap Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh semua pegawai JAS di seluruh negara;
Mengemukakan permohonan pertambahan perjawatan bagi menempatkan pegawai-pegawai penguatkuasa di semua pelabuhan utama bagi menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; dan
Melaksanakan pemeriksaan bersepadu bersama dengan pihak berkuasa pelabuhan, Kastam Diraja Malaysia serta lain-lain agensi yang berkaitan.
Sekian, terima kasih. | | Attachments |
|
|