Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

20 February 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

28

Soalan

Tuan Zahari bin Kechik [ Jeli ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pecahan permohonan yang telah diluluskan mengikut negeri bagi permohonan Inisiatif Bantuan Kerugiaan Harta Benda dan Tanaman (BKHT).

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Kerajaan telah melaksanakan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) pada tahun 2024 yang diterajui oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Jabatan Hidupan Liar Sabah di Sabah dan Sarawak Forestry Corporation di Sarawak.


2. BKHT merupakan bantuan bentuk kewangan yang diberikan secara one-off kepada kumpulan sasar yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Pada tahun 2024, seramai 246 pemohon telah menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan jumlah bantuan sebanyak RM978,000.00 dengan perincian mengikut negeri seperti berikut:


  1. Johor - 83 penerima;

  2. Pahang - 58 penerima;

  3. Perak - 40 penerima;

  4. Kelantan - 25 penerima;

  5. Terengganu - 24 penerima;

  6. Kedah - 11 penerima;

  7. Negeri Sembilan - 3 penerima; 

  8. Selangor - 1 penerima; dan

  9. Perlis - 1 penerima.


3. Berdasarkan kepada perincian tersebut, Negeri Johor mencatatkan peratusan penerima tertinggi iaitu sebanyak 34% diikuti oleh Negeri Pahang sebanyak 24% dan Negeri Perak sebanyak 16%.


Sekian, terima kasih.​

Attachments