Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

17 February 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

79

Soalan

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [ Parit ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan inisiatif perundangan yang telah diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah gangguan haiwan seperti kera yang merosakkan hasil pertanian yang diusahakan oleh para petani.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia komited dalam menangani gangguan konflik manusia dan hidupan liar. Pada masa ini, tiada inisiatif perundangan yang diambil bagi mengatasi masalah gangguan hidupan liar termasuk kera. Namun begitu, Jabatan PERHILITAN telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengatasi masalah konflik kera terhadap tanaman oleh petani seperti berikut:


  1. Menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk kampung untuk melaksanakan program pelupusan kera bagi membasmi musuh tanaman;


  1. Menjalankan program perangkap komuniti di mana setiap kawasan Dewan Undangan Negeri akan menyumbangkan perangkap kera untuk menangkap kera-kera yang menimbulkan konflik;


  1. Memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta di bawah Peruntukan Pembangunan bagi Program Program Kawalan, Tangkapan dan Mitigasi Konflik Hidupan Liar Semenanjung Malaysia pada tahun 2024 dan tambahan sebanyak RM1.3 juta bagi tahun 2025 bagi menjalankan pelbagai aktiviti bagi mengatasi isu konflik hidupan liar di setiap negeri; dan


  1. Menjalankan program penakaian (culling) kera bermasalah di kawasan yang terlibat dengan konflik.


2. Kerajaan melalui NRES juga telah memperkenalkan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) pada tahun 2024. BKHT merupakan bantuan dalam bentuk kewangan secara one-off kepada kumpulan sasar termasuk penduduk kampung yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar. Seramai 246 pemohon telah menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan jumlah bantuan sebanyak RM978,000.00.


Sekian, terima kasih.​

Attachments