Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Pertama | Tarikh Persidangan | 17 February 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Tanah | Nombor Soalan | 70 | Soalan | Puan Isnaraissah Munirah Majilis [ Kota Belud ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan setakat ini, berapa jumlah tanah-tanah milik Kerajaan Persekutuan di Sabah yang tidak dibangunkan dan daripada jumlah tersebut, berapa yang telah dikembalikan semula kepada Kerajaan negeri dan apakah perancangan pembangunan ke atas tanah tersebut.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah mengenal pasti 14 lot tanah yang masih belum dibangunkan di Sabah melibatkan 6 lot tanah kosong dan 8 lot tanah terbiar berdasarkan permohonan penyerahan balik tanah Persekutuan yang telah dikemukakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah (JTU).
Untuk makluman, sebarang permohonan penyerahan balik tanah yang terbiar di negeri akan diproses oleh pihak JKPTG berdasarkan Garis Panduan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1 Tahun 2023 berkaitan Kaedah Penyerahan Balik Tanah Milik Persekutuan Yang Belum Dibangunkan Atau Terbiar Kepada Kerajaan Negeri Sabah Dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Daripada 14 lot tersebut, 2 lot telah dipersetujui untuk diserah balik kepada Kerajaan Negeri Sabah dan kini dalam proses akhir di peringkat JTU Sabah melibatkan kaedah penyerahan balik tanah dan nilaian pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada Kerajaan Persekutuan.
Manakala, baki 12 lot pula masih lagi dalam tindakan mendapatkan ulasan Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP). Lot-lot yang tidak mempunyai sebarang perancangan oleh KJP akan disyorkan untuk diserah balik kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi membolehkan lot-lot tersebut dibangunkan dan dioptimumkan penggunaannya oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Sekian, terima kasih. | | Attachments |
|
|