Tuan Yang di-Pertua,
1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada masa ini telah menyediakan draf pindaan Akta 525 yang melibatkan beberapa aspek seperti :
Pengukuhan kawalan ke atas aktiviti pengeksportan mineral dan bahan batuan termasuk bagi membolehkan peraturan berkaitan diwujudkan; dan
Pengukuhan penguatkuasaan melalui peningkatan kerjasama antara agensi penguatkuasa.
2. Bagi tujuan tersebut, NRES telah mengadakan libat urus bersama agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bagi mendapatkan maklum balas dan seterusnya memuktamadkan draf pindaan Akta 525.
3. Hasil daripada pindaan Akta 525 ini, NRES percaya ia akan meningkatkan kecekapan tadbir urus dalam pengurusan pengeskportan mineral dan bahan batuan serta mengukuhkan lagi aspek penguatkuasaan industri mineral khususnya dalam mengurangkan ketirisan akibat daripada aktiviti perlombongan haram dan penyeludupan keluar sumber mineral negara termasuk REE.
Sekian, terima kasih.