Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

17 February 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

6

Soalan

Puan Young Syefura binti Othman [ Bentong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Tanah Rizab Melayu tidak berkurangan dan adakah mekanisme untuk mengatasi isu-isu berbangkit berkaitan Tanah Rizab Melayu.

Jawapan

Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua dan Terima Kasih YB Bentong,


  1. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri, keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Semenanjung Malaysia sehingga 30 Jun 2024 adalah seluas 4,955,870.89 hektar dan tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu. Dalam hubungan ini, keluasan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2,533,150.89 hektar atau 104.55% pada tahun 2024 berbanding data terawal keluasan TRM yang direkodkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) pada tahun 1947 iaitu seluas 2,422,720 hektar.


  1. Dimaklumkan bahawa perkara-perkara berhubung TRM adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Meskipun begitu, isu-isu berkaitan TRM juga sentiasa dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) yang telah diwujudkan di peringkat Persekutuan yang berperanan merundingkan perkara-perkara berhubung tanah antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


  1. Selaras dengan keputusan MTN yang Ke-69, Kementerian ini berperanan sebagai penyelaras untuk pengumpulan data Tanah Rizab Melayu. Sehubungan itu, beberapa siri Sesi Libat Urus bersama-sama dengan Pentadbiran Tanah Negeri dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) diadakan bagi mendapatkan data Tanah Rizab Melayu yang tepat. 


  1. Data ini kemudiannya digunakan oleh Kementerian dalam mewujudkan satu sistem pangkalan data spatial TRM berpusat untuk rujukan bagi tujuan pembangunan akan datang.

 

Sekian, terima kasih.​

Attachments