Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

06 February 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

58

Soalan

Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang termasuk pendakwaan di mahkamah yang telah dilakukan terhadap pihak-pihak yang terlibat melakukan kesalahan dalam tragedi pencemaran toksik kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada tahun 2019 lalu.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah pun menjalankan pendakwaan di Mahkamah terhadap pihak-pihak yang terlibat melakukan kesalahan dalam tragedi pencemaran toksik kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada tahun 2019 lalu. Mahkamah telah menyabitkan kesalahan terhadap pesalah dan telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM420,000.00.


  1. Kerajaan memandang serius akan tragedi pencemaran yang telah mengakibatkan kesihatan orang awam terjejas. Sehubungan itu, Kerajaan telah bertindak proaktif dalam memperkukuhkan perundangan melalui pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 dengan meningkatkan nilai hukuman pencemaran kepada RM10 juta dan penjara tidak melebihi 5 tahun. Pindaan ini telah diwartakan pada 6 Jun 2024 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2024.


  1. NRES melalui JAS menegaskan komitmen Kerajaan untuk memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang melanggar undang-undang alam sekitar. Tindakan pendakwaan yang telah dijalankan dan hukuman yang dikenakan dalam kes pencemaran toksik kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang adalah bukti kesungguhan kerajaan dalam melindungi alam sekitar dan kesihatan masyarakat. Usaha ini akan terus diperkasakan bagi memastikan tragedi sebegini tidak berulang pada masa hadapan.


Sekian, terima kasih.​

Attachments