Lawatan Korporat Timbalan Menteri KeTSA ke Jabatan Perhilitan
05 May 2020

Timbalan Menteri KeTSA, YB Tuan Ali Biju telah mengadakan Lawatan Kerja ke Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia pada 4 Mei 2020.

​Beliau telah diberikan taklimat berhubung tugas dan cabaran semasa yang dihadapi Jabatan PERHILITAN dalam mengurus hidupan liar di Semenanjung Malaysia. 

YB Timbalan disambut oleh YBhg Dato' Ketua Pengarah, YBhg Dato' TKP Operasi dan Pengarah-pengarah Bahagian.

YB Timbalan Menteri turut dibawa melawat ke Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan dan didedahkan dengan fungsi dan peranan makmal sebagai pusat menerima, mengumpul, mengkatalog,  memproses dan menganalisa pelbagai jenis sampel genetik hidupan liar. Hasil analisis ini juga digunakan untuk tujuan pembuktian kes-kes jenayah hidupan liar yang didakwa di mahkamah.

YB Timbalan Menteri turut dibawa melawat Unit K9 Jabatan PERHILITAN.​




Attachments