​Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah menghadiri sesi taklimat berhubung pembekalan tenaga di ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia) pada 13 April lalu.
En. Abdul Razib bin Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif ST menjelaskan fungsi dan peranan ST sebagai badan kawal selia sektor tenaga kepada delegasi YB Menteri.
Sesi turut membincangkan status semasa sektor tenaga seperti inisiatif Malaysia Electricity Supply Industry (MESI) 2.0 dan perkembangan projek Large Scale Solar (LSS).
Turut hadir, YBhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh, Ketua Setiausaha KeTSA dan Puan Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) KeTSA.

