PENYERAHAN SUMBANGAN TENAGA NASIONAL BERHAD KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK
06 April 2020

Menteri Tenaga dan Sumber Asli YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah hari ini menyerahkan sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Kerajaan Negeri Perak sebagai usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Sumbangan RM2 juta tersebut yang diterima Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu adalah usaha tambahan TNB dalam membantu kerajaan negeri membeli peralatan perubatan dan keperluan lain.

Pemberian ini, merupakan sebahagian daripada sumbangan RM17.5 juta yang TNB agihkan-agihkan secara terus kepada negeri-negeri di Semenanjung untuk menangani COVID-19. Setiap negeri menerima antara RM1 juta hingga RM2.5 juta bagi tujuan yang sama.

TNB sebelum ini telah menyumbang RM10 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membeli peralatan seperti ventilator dan bekalan perubatan lain.

 

 

Attachments