Menteri KATS YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar merasmikan Persidangan Antarabangsa Pengurusan Keselamatan Empangan dan Kejuruteraan (ICDSME 2019) di Pulau Pinang pada 19 November 2019
19 November 2019

Menteri KATS YB Dato' Dr. Xavier Jayakumar merasmikan Persidangan Antarabangsa Pengurusan Keselamatan Empangan dan Kejuruteraan (ICDSME 2019) di Pulau Pinang hari ini.

Persidangan ini mengumpulkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan dan keselamatan empangan.

Terdapat sejumlah 104 buah empangan yang beroperasi di seluruh Malaysia, menjadikan isu pengurusan empangan sebagai satu keutamaan buat negara.

Persidangan tiga hari ini mengumpulkan seramai 400 peserta dari 15 negara yang terdiri daripada jurutera profesional, ahli akademik, pengurus sumber air dan lain-lain kepakaran.

 

#ICDSME2019

#KATSMalaysia





Attachments