Harimau Malaya pun boleh terbang sekarang!
12 November 2019

Harimau Malaya pun boleh terbang sekarang!

Sebagai sokongan terhadap kempen #SelamatkanHarimauMalaya, syarikat penerbangan AirAsia hari ini menayangkan kepada umum pesawat mereka yang telah dihiasi dengan rekaan Harimau Malaya.

Kempen Selamatkan Harimau Malaya yang dipelopori KATS dan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah dilancarkan oleh Menteri KATS YB Dato' Dr. Xavier Jayakumar pada tahun ini.

Kempen tersebut dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi dan badan bukan kerajaan dalam usaha untuk memerangi pemburu haram dan meningkatkan populasi Harimau Malaya.

#SaveOurMalayanTiger

#SaveOurStripes

#KATSMalaysia






Attachments