Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr. Xavier Jayakumar telah menyempurnakan majlis perasmian dan menjadi panel di Public Dialogue on Water (PDOW) di Putrajaya pada 15 Oktober 2019
15 October 2019

Sesi dialog awam ini merupakan platform membentangkan senario semasa perkhidmatan bekalan air Malaysia.

Sesi dialog ini digerakkan oleh badan bebas Persatuan Air Malaysia (MWA) bagi mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk orang awam dan industri perkhidmatan berkenan perkhidmatan air di Malaysia.

​Hadir sama ke sesi tersebut ialah YB Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air Tanah dan Sumber Asli serta Ketua Setiausaha, Datuk Zurinah Binti Pawanteh.

Pelbagai aspek berkaitan air disentuh meliputi kualiti, ekspektasi pengguna, sasaran kerajaan, maklum balas industri serta yang terkini berkenaan tarif air.

#KATSMalaysia




Attachments