Pelancaran Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 (BSN 2019)
03 October 2019

SEDIA, MULA!

Kemeriahan Bulan Sukan Negara 2019 (BSN 2019) makin dirasai dengan pelancaran sambutan tersebut di peringkat KATS hari ini.

Menyahut cabaran BSN 2019, Menteri KATS YB Dr. Xavier Jayakumar bersama-sama warga kementerian 'turun ke gelanggang' dengan menyertai aktiviti-aktiviti fizikal pada majlis pelancaran tersebut.

BSN 2019 merupakan inisiatif KBSMalaysia bertujuan untuk membudaya dan memupuk semangat sukan dalam masyarakat bagi merealisasikan Malaysia sebagai 'Negara Sukan'.

Bulan Sukan Negara sudah bermula. Jom jadikan sukan budaya kita!

#BulanSukanNegara2019
#TeamKATS




Attachments