YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari, Ketua Menteri Sarawak hari ini.
Pertemuan kira-kira sejam itu membincangkan hala tuju pengurusan air, tanah dan sumber asli di Negeri Sarawak.
Turut dibincangkan adalah cadangan berkaitan Dasar Perhutanan Malaysia (DPM), satu inisiatif untuk mengkompilasikan dasar perhutanan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sebagai satu dokumen.
Kompilasi dasar ini tidak akan melibatkan sebarang penggubalan terhadap dasar sedia ada.
Mengambil semangat Hari Malaysia, Kementerian berpegang teguh dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri dalam pengurusan hutan. Kementerian juga yakin satu kerjasama erat dapat dijalinkan dengan kerajaan negeri dalam memastikan khazanah hutan negara kita akan terus terjaga
