Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah menganjurkan The Fourth Heart of Borneo Technical Committee Meeting on Joint Projects and Activities pada 4 dan 5 September 2019. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pegawai kanan dari Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.
Inisiatif Heart of Borneo (HoB) merupakan satu Deklarasi yang telah ditandatangani pada tahun 2007 di antara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia bertujuan untuk menguruskan secara berkekalan kawasan yang terletak di dataran tanah tinggi di Kepulauan Borneo, termasuk kawasan tanah rendah yang meliputi kawasan sempadan Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.
#HeartofBorneo

