Pokok Merbau (Malacca Teak atau Instia Palembanica) dipilih sebagai Pokok Kebangsaaan Malaysia.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika merasmikan Pameran 'Hutan Kita' di Menara Kuala Lumpur.
Pokok Merbau dipilih sebagai lambang keutuhan integriti hutan negara, hasil daripada pengurusan secara mampan serta usaha pemuliharaan khazanah biodiversiti Malaysia. Pokok Merbau juga merupakan simbol kepentingan hutan kepada pembangunan industri dan ekonomi negara.
