YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad hari ini merasmikan pameran ‘Hutan Kita’ anjuran Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli di Menara Kuala Lumpur.
Pameran ‘Hutan Kita’ yang berlangsung dari 24 Ogos hingga 22 September merupakan inisiatif di bawah Program Konservasi Hutan Kita 2019 - 2020 yang memaparkan kekayaan khazanah hutan negara serta usaha penjagaan dan pemuliharaannya.
Pameran ini turut berjaya mencipta rekod kebangsaan apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Pameran Spesies Pokok Hutan Hujan Tropika Terbesar (Largest Tropical Rainforest Tree Species Exhibition).
Hadir sama YB Dr. Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan YB Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.
Sebanyak 850 spesies pokok hutan hujan tropika dipamerkan. Pameran ini akan dibuka kepada orang awam pada 24 Ogos 2019 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Masuk adalah percuma.
#Hutankita
#JourneyThroughOurRainforest
#KATSMalaysia
#SayangiMalaysia
#VisitMalaysia2020

