Kunjungan hormat daripada YAB. Dato' Dr. Sahruddin bin Jamal, Menteri Besar Johor ke Kementerian Air, Tanah & Sumber Asli (KATS) pada 19 Ogos 2019.
Ia merupakan lawatan pertama YAB. Dato' Dr. Sahruddin bin Jamal ke KATS setelah dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada 14 April 2019.
Beliau telah disambut oleh Menteri KATS YB. Xavier Jayakumar. Hadir sama YB. Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji, Timbalan Menteri KATS.
Pertemuan kedua-dua pihak ini telah membincangkan mengenai pelbagai isu bi-lateral yang menyentuh kepentingan bersama antaranya berkaitan pengurusan air, pengurusan hutan secara mampan dan penyelesaian pengurusan konflik hidupan liar.
