Majlis Perhimpunan Bulanan KATS pada kali ini dimeriahkan dengan pelancaran Bulan Kebangsaan 2019.
Majlis disempurnakan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air Tanah dan Sumber Asli. Turut hadir YB Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji Timbalan Menteri dan Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha KATS.
Sempena Bulan Kebangsaan ini, YB Menteri merakamkan penghargaan beliau kepada kakitangan daripada jabatan dibawah KATS. Mereka adalah 'The Unsung Heroes' yang banyak menabur sumbangan mengikut kepakaran bidang masing - masing demi kecemerlangan Malaysia Baharu.
