Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Dr Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan nama bagi anak giant panda kedua yang dilahirkan di Malaysia.
Anak panda tersebut diberi nama Yi Yi yang membawa maksud persahabatan atau ‘friendship’. Ia adalah simbolik kepada persahabatan yang telah sekian lama terjalin antara Malaysia dan Republik Rakyat China.
Pengumuman nama tersebut dibuat dalam satu majlis di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara Malaysia. Turut hadir adalah TYT Bai Tian, Duta Republik Rakyat China ke Malaysia.
#YiYi
#GiantPanda
#Konservasi
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia