Kerjasama erat pihak Etiqa dan IAM dalam melaksanakan ‘Projek Bekalan Air Bersih Untuk Komuniti’
25 July 2019

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr Xavier Jayakumar merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Etiqa dan Islamic Aid Malaysia (IAM) atas inisiatif mereka dalam membantu menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk kawasan pedalaman di Malaysia.

Melalui Kerjasama erat pihak Etiqa dan IAM dalam melaksanakan 'Projek Bekalan Air Bersih Untuk Komuniti' sejak 2017, ribuan penduduk kampung di negeri Kelantan, Perak, Sabah, Sarawak dan Selangor telah mendapat manfaat air tersebut.

Dijangka lebih ramai penduduk akan menerima manfaat melalui Projek Bekalan Air Bersih Etiqa 2019, yang telah dirasmikan oleh YB Menteri hari ini.

Ternyata, pihak korporat dan badan bukan kerajaan turut memainkan peranan dalam memastikan bekalan air bersih sampai ke pili setiap pengguna di Malaysia.

#AirLestari

#Waterislife

#KATSMalaysia

​​​


Attachments