YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli hari ini berkesempatan mengadakan kunjungan ke ibu pejabat The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), yang merupakan antara agensi berita tersohor negara.
Dalam kunjungan tersebut, YB Menteri bertemu ketua-ketua editor dan pengurusan tertinggi NSTP, membincangkan tentang peranan industri media dalam menjadi medium sebaran maklumat yang tepat dan telus kepada rakyat.
Beliau turut mengambil peluang untuk beramah mesra bersama warga kerja NSTP.

