YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri, Air, Tanah dan Sumber Asli kemudian melawat tapak projek Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (NTCC), dibina khusus bagi menyokong usaha konservasi Harimau Malaya.
Bakal siap dalam masa terdekat, NTCC dibina khusus untuk tujuan penyelidikan dan pembiakan harimau ikonik negara ini dalam persekitaran semulajadi berpagar.
Pusat ini adalah antara usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalam menjamin kesinambungan Harimau Malaya yang kini sedang diancam kepupusan.
#biodiversiti
#zoologi
#KATSMalaysia
