Bahagian 1 : Lawatan Rasmi YB Menteri KATS ke Kuala Gandah
03 July 2019

​YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri, Air, Tanah dan Sumber Asli melawat beberapa lokasi di sekitar Lanchang, Pahang, sebagai sebahagian daripada lawatan kerja beliau ke Kuala Gandah.

Hentian pertama beliau adalah ke Institut Biodiversiti (IBD) di Buki Rengit, Lanchang. Institut ini ditubuhkan bertujuan untuk merancang dan menguruskan kursus jangka pendek dan jangka panjang bagi kakitangan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dan juga bukan kakitangan.

Fungsi lain IBD adalah untuk mengumpul dan menjaga koleksi spesimen zoologi bagi rujukan masa hadapan, selain menjalankan program kesedaran awam.

 

#biodiversiti
#zoologi
#KATSMalaysia

 

 



Attachments