Air bawah tanah merupakan komoditi berharga yang dapat menyumbang kepada kelangsungan pembekalan sumber air negara.
Persidangan 'National Groundwater Conference 2019' yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini menjadi platform dalam mencari penyelesaian jangka panjang kepada isu berkaitan sumber air negara.
Majlis perasmian persidangan tersebut telah disempurnakan hari ini oleh YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.
Persidangan tersebut antara lain bertujuan untuk memberi penekanan mengenai peranan sumber air bawah tanah sebagai sumber ekonomi yang lestari dan strategik.
