Sambutan Kongsi Raya KATS Lambang Perpaduan Negara
18 June 2019


Malaysia bertuah kerana dirahmati dengan pelbagai jenis budaya dan perayaan. Semestinya menjadi tradisi biasa bagi perayaan yang berbeza diraikan di dalam majlis yang sama.

Atas semangat ini, KATS hari ini menganjurkan Majlis Sambutan Kongsi Raya bagi meraikan Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri secara serentak.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB. Dr Xavier Jayakumar berkata sambutan seperti ini merupakan kesempatan terbaik untuk kita mengeratkan lagi semangat perpaduan dan kekitaan.

Perbezaan kita raikan, perpaduan kita kukuhkan!

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan, Gayu Guru Gerai Nyamai, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin!


 






Attachments